Your job won’t take care of
you when you are sick. Your friends will.
Stay in TOUCH.
Hello gaizz!!!!
Aku dah lama gilos tak update blog nie!
Dah berhabukkk siod! sarang labah2 semoa hadee!!!
Phew phew pheww!!!
Hehe... sorry lah sebab dah lama tak
muncul! Bukan apa,,, lately nie busy nak uruskan macam2 hal! Tak cukup tydooo! Huaaaaa!
SEBENARNYAKAN......
Aku dapat
tawaran sambung belajar!! Aku dapat masuk Universiti Utara Malaysia! Yang nie...memang
aku tak sangko!!! Aku tak sangko! Result aku bukan terror pon macam kawan2
lain! English aku pon manyak broken ouhhh! Aku sangat2 happy!!! Alhamdulillah..
tak tahu nak cakap cmne lagi! Allah je tahuuuu perasaan aku nie!!! Syukurrrrr!!!
Jangan cakap
laaa,, my family pon happy jugak! Tenkiyuuu UPU! Tenkiyuuu!! Cuma masalahnye,,,
last minit! Aku kan x de duit! Hurm hurm... ni pon pinjam dwet ayah n mak tuk
bayar yuran! Sian diorang! Rasa nak nangis je sebab banyak sangat menusahkan! Hurmmm,,,
aku nie bukan x bekerja,,, aku kerja,,tapi dwet tak pernah nak simpan! Huuuuuu!!
Tapi aku janji yang aku akan dapatkan yang terbaik untuk mak ayah aku
terutamanya,,, next week aku dah nak gerak kedah dah! Aku tak tahu nak cerita
camne perasaan aku! Aku niee kadang2 happy! Kadang2 aku rasa Ya Allah!! Gubraaa
siakkkkkk!!!! Aku tak pernah jauh2 ngan mak ayah! How la aku nak survive hidop
aku ni nanty!!
Sabda Rasulullah SAW
ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq:
"...
Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya
adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera ..."
(Hadis Riwayat Imam
Ahmad)
Umat
Islam berlumba-lumba membebaskan Konstantinopel untuk mendapatkan penghormatan
yang dijanjikan oleh Allah SWT dalam hadis tersebut. Walau bagaimanapun,
kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, lima kempen di
zaman Kerajaan Umaiyyah, satu kempen di zaman Kerajaan Abbasiyyah dan dua
kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyyah.
Dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umaiyyah, seorang sahabat Nabi
SAW iaitu Abu Ayyub Al-Ansary RA telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding
kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa
beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, "Aku ingin mendengar
derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera
semasa mereka membebaskan Konstantinopel". Begitulah teguhnya iman seorang
sahabat besar Nabi SAW.
Hadis Nabi SAW ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan
Muhammad Al-Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dengan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al-Fateh? Apakah kehebatan baginda dan
tentera-tenteranya sehingga disebut "sebaik-baik raja" dan
"sebaik-baik tentera" dalam hadis tersebut?
Biodata Ringkas
Baginda Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di
Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup
baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana
telah disebut sebagai "sebaik-baik raja" di dalam Hadis tadi. Baginda
juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al-Fateh kerana kejayaannya membebaskan
Konstantinopel.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun
(1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera
agung yang memimpin sendiri 25 kempen ketenteraan. Baginda mangkat pada 3 Mei
1481 akibat sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat baginda mangkat diracun.
Pendidikan
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Dalam bidang
keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al-Wali dikatakan daripada
keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq RA. Dalam ilmu peperangan pula, baginda
diajar tentang taktik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh
panglima-panglima tentera.
Dalam bidang akademik pula, baginda adalah seorang cendekiawan ulung di
zamannya yang fasih bertutur dalam tujuh bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin,
Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Dalam bidang ilmu pemerintahan pula,
ayahandanya Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke
Pulau Magnesia, telah melantik baginda yang baru berusia 12 tahun memangku
jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini baginda telah matang menangani tipu
helah musuh.
Keperibadian
Baginda sentiasa bersifat tawaduk. Semasa membina Benteng Rumeli Hissari,
baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga
ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja. Baginda seorang
yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia
pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamadan selalu berbincang dengan mereka
mengenai permasalahan negara.
Persiapan Awal Membebaskan Konstantinopel
Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota
Kostantinopel setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga
mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan
panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk
digunakan.
Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang
boleh menembak bom seberat 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina
di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana
Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan
Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan
Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi
Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan
Hungary untuk memencilkan Konstantinopel apabila diserang nanti.
Baginda membawa bersama para ulama dan pakar motivasi ke medan perang bagi
membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota
Konstantinopel, baginda mengarahkan dilaungkan azan dan solat berjemaah.
Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang
pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.
Melancarkan Serangan ke atas Konstantinopel
Setelah segala persiapan lengkap diatur, baginda menghantar utusan kepada Raja
Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan Raaja Bizantin menyerah
mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan.
Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya
rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.
Menara Bergerak
Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi
dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin
berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu
mereka.
Bantuan Dari Pope Vatican
Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan
tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk
menghalang kemaraan armada Uthmaniyyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.
Melancarkan Kapal Perang dari Puncak Gunung
Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan
kehadiran 72 buah kapal perang Uthmaniyyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini
adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan
kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Taktik ini diakui
sebagai antara taktik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh
para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding
pertahanan belakang kota.
Kapal-kapal perang tentera Bizantin habis terbakar dek bedilan meriam
Uthmaniyyah. Pertahanan Bizantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil
kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta
mengingatkan mereka kepada hadis Rasulullah SAW dan bersama-sama berdoa kepada
Allah SWT.
Memanjat dan Melastik Dinding Kota
Keesokan paginya tentera Uthmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan
tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak
Bizantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya
berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengah hari.
Karisma Seorang Pemimpin
Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah
menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat
yang genting ini baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, "Wahai
tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid
ikutlah aku".
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera baginda mengetuai
sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh
lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah
dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus
menembusi barisan pertahanan Bizantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.
Penawanan Constantinople
Pada 29 Mei 1453, Kota Konstantinopel jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar
namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St. Sophies ditukar
kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawaduknya melumurkan tanah ke dahinya
lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran
"Al-Fateh" iaitu yang bermaksud "pembuka" atau "penakluk"
lantaran kejayaannya membebaskan Konstantinopel.
Sebaik-baik Raja dan Sebaik-baik Tentera
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang
layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya
bangun lantas bertanya, "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang
pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali, sila duduk!" Tiada seorang
pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan
solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini
pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sila duduk!" Sebahagian daripada
tenteranya duduk.
Kemudian baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga
ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila
duduk!" Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri.
Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat
tahajjud sejak baligh. Baginda sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah
SAW dalam hadisnya itu.
Dinihari kita cukup ketandusan pemimpin yang berjiwa rakyat serta berkarisma
seperti Sultan Muhammad Al-Fateh untuk mengembalikan ketamadunan dan
kegemilanagan ISLAM ini kembali. Ayuh, kita mulakan langkah menakluk diri seperti
mana Sultan Muhammad Al-Fateh telah berusaha menakluk kota hebat
Konstantinopel.